Lebih Setengah Abad Lelaki Ini Kurung Diri Sebab Takut Perempuan

Seorang lelaki telah menjadi perhatian ramai selepas didapati mengasingkan diri di sebuah rumah terpencil selama 55 tahun kerana takut kepada wanita.

lebih setengah abad lelaki ini kurung diri sebab takut perempuan

Menurut Callitxe Nzamwita, 71, beliau sedar ketakutannya kepada wanita semakin sukar dibendung sejak daripada usianya 16 tahun.

 

Beliau menjadi takut untuk bercakap dengan wanita, membuatkan dia membina pagar setinggi 4.5 meter di rumahnya dan tidak pernah pula keluar dari kediaman itu.

 

Meskipun takut kepada golongan itu, penduduk wanita di kawasan tempat tinggalnya itu sering membantu memberikan makanan dan pakaian kepadanya.

 

“Apabila kami membantunya, dia tidak mahu kami mendekati atau bercakap dengannya.

“Sebaliknya, kami memberi sesuatu barangan dengan melemparkan (barangan) ke dalam rumahnya sebelum Nzamwita datang mengambilnya.

“Dia tidak membenarkan kami mendekatinya tetapi masih mengambil apa yang kami tawarkan dari jauh,” kata seorang penduduk wanita.

 

Menurut laporan, Nzamwita dipercayai mengalami simptom gynophobia, iaitu ketakutan yang tidak masuk akal dan tidak rasional kepada golongan wanita.

“Saya tidak mahu wanita berada di sekeliling saya kerana mereka amat menakutkan,” kata Nzamwita.

 

Sumber: Oddity Central