5 Genre Muzik Pelik

Setiap pendengar ada citarasa muzik berbeza begitu juga pembuat muzik, mereka ada ideologi dan visi yang berbeza dalam setiap pembikinan muzik. Dari penggunaan peralatan muzik dan susunan muzik juga berbeza. Siapa sangka 5 Genre muzik ini pernah wujud suatu ketika dulu dan ia mempunyai pendengar-pendengar tersendiri.

1. Kawaii Metal

Kawaii bermaksud comel dalam bahasa Jepun. Genre ini menggabungkan muzik heavy metal dan J-Pop. Juga dikenali sebagai cute metal, idol metal atau kawaii core, kawaii metal dipelopori di Jepun pada awal zaman 2010.

2. Crunkcore

Penggemar muzik ini biasanya remaja-remaja emo, goth dan scene. Crunkcore juga dikenali sebagai crunk punk, scream crunk dan scrunk. Genre ini ialah genre gabungan
yang bercirikan kombinasi elemen-elemen daripada genre crunk, screamo, pop, electronic dan dance. Crunkcore sering memiliki vokal menjerit-jerit, rentak hip-hop dan "lirik yang provokatif." Crunkcore lahir pada awal pertengahan era 2000-an. 

3. Danger Music

Danger music ialah berdasarkan konsep di mana sesetengah muzik boleh mencederakan pendengar atau
pemuzik itu, juga diklasifikasikan sebagai muzik yang berbentuk klasikal avant-garde abad 20 dan 21. Selain itu Genre ini juga dianggap 

Merupakan bentuk eksperimental muzik klasikal avant-garde abad ke 20 dan 21. Genre ini kadangkala dirujuk sebagai anti-muzik kerana ia seolah-olah berlawanan dengan konsep muzik. Selain itu, sebagai penyataan politik atau falsafah berbanding dengan komposisi muzik. 

4. Lowercase

Lowercase ialah sejenis bentuk ambient minimalism yang ekstrem di mana bunyi yang sangat perlahan dan selalunya tidak terdengar, dikuatkan ke tahap yang melampau.

“Lowercase memiliki perasaan tenang dan kerendahan diri yang tertentu, ia tidak meminta perhatian, ia harus ditemui ia berbeza denganbenda-benda yang menonjol yang membawa perhatian terhadap dirinya sendiri," kata Steve Roden.

5. Black MIDI

Youtuber Jepun bernama kakakakaito1998 memuat naik video black MIDI yang pertama ke YouTube pada Februari 2011 dan video itu telah mendapat perhatian. Sejak itu ramai blacker (gelaran artis black MIDI ) menggubah dan memuat naik video mereka ke YouTube.

Genre ini mempunyai bilangan not yang boleh mencecah sehingga berjuta-juta yang dimuatkan ke dalam satu lagu dan dimainkan melaui MIDI player.