40 Hari Tinggal Di Dalam Gua Tanpa Cahaya & Telefon Bimbit

Setelah 40 hari berkurung di bawah tanah untuk bereksperimen tentang bagaimana kelangsungan kehidupan tanpa adanya jam, cahaya serta komunikasi luaran. 15 orang akhirnya muncul keluar dari sebuah gua yang terletak di barat daya Perancis.

40 hari tinggal di dalam gua tanpa cahaya & telefon bimbitDengan senyuman lebar yang terukir pada wajah pucat mereka, kesemua ahli yang terlibat dalam eksperimen tersebut menepuk tangan dan berjemur sambil mengenakan cermin mata khas untuk melindungi mata mereka setelah sekian lama menjalani kehidupan harian dalam kegelapan di Gua Lombrives.

Kata salah seorang sukarelawan yang mengambil bahagian dalam eksperimen terbabit, Marina Lançon, “Rasanya seperti sekejap.”

Terangnya, sepanjang berada di dalam gua tersebut, dia tidak merasa terburu-buru untuk melakukan apa-apa malah, berharap dia dapat tinggal dia gua tersebut untuk beberapa hari lebih lama lagi.

Namun, dia tetap gembira kerana akhirnya dapat merasakan tiupan angin dan mendengar kicauan burung-burung.

Projek yang diterajui pasukan saintis di Human Adaption Institute itu memakan kos sebanyak 1.2 juta € (RM 5,943,724) itu merupakan satu eksperimen yang bertujuan untuk membantu memahami dengan lebih baik tentang cara manusia menyesuaikan diri dengan perubahan drastik dalam keadaan dan persekitaran hidup.

40 hari tinggal di dalam gua tanpa cahaya & telefon bimbit

“Dalam kepala kami, kami telah memasuki gua 30 hari yang lalu,” ujar pengarah projek, Christian Clot, yang ternyata terkejut mereka berjaya menempuh projek yang berlangsung selama 40 hari itu.

Menerusi kerjasama dengan makmal di Perancis dan Switzerland, saintis tersebut memantau corak tidur, interaksi sosial dan reaksi tingkah laku 15 anggota pasukan terlibat dengan menggunakan peralatan sensor.

Selain itu, difahamkan mereka mengikuti hari bukan dengan kiraan jam tetapi dengan kitaran tidur.

“Masa depan kita sebagai manusia di planet ini akan berkembang,” ujar Clot.

Tambahnya lagi, “Kita mesti belajar untuk lebih memahami bagaimana otak kita mampu mencari penyelesaian baru, apa pun keadaannya.”

 

Sumber: [1]