Laman Web Teknologi AI Ini Mampu Cari Tiap Gambar Yang Ada Wajah Anda Di Internet!

Selepas memecahkan rekod menjadi pangkalan pengguna yang berkembang paling pesat, ChatGPT telah menarik perhatian ramai orang.

 

Bot ini mampu menjawab setiap soalan malah mengakui kesilapan sendiri atau menolak permintaan yang tidak sesuai, menjadikannya teknologi yang sangat maju.

 

Walau bagaimanapun, ada yang berpendapat bahawa perlu berhati-hati dalam pembangunan teknologi AI, seperti yang ditunjukkan oleh laman carian gambar PimEyes.

laman web teknologi ai ini mampu cari tiap gambar yang ada wajah anda di internet!

Laman sesawang PimEyes telah menggunakan AI untuk mengenal pasti gambar atau foto individu yang wujud secara online, hingga telah menimbulkan kontroversi dan disebut sebagai "laman web AI paling menakutkan di Internet". Walau beberapa orang menganggap laman ini menarik dan berguna, ada pihak yang melihatnya sebagai laman pengintip.

 

Kami mencuba teknologi AI ini dan hasilnya amat ‘menakutkan’:

laman web teknologi ai ini mampu cari tiap gambar yang ada wajah anda di internet!

laman web teknologi ai ini mampu cari tiap gambar yang ada wajah anda di internet!

 

Elon Musk, tokoh utama dalam industri teknologi, termasuk dalam kumpulan pemimpin yang bimbang mengenai kemajuan pesat teknologi AI. Kumpulan ini telah menandatangani surat terbuka yang menyeru untuk memberhentikan pembangunan sistem AI selama sekurang-kurangnya enam bulan, dengan menyatakan bahawa teknologi ini hanya harus dibangunkan setelah risikonya dapat dikendalikan dan kesannya positif.

 

Sejauh mana manusia dapat mengawal AI atau adakah AI dapat mengawal manusia, tiada siapa yang tahu.

 

Sumber: Ladbible