28 Jam Bertarung Nyawa Dihanyut Arus Air, Lelaki Selamat Walau Dilanda Tsunami

Seorang lelaki Tonga berusia 57 tahun yang dilaporkan berenang selama 28 jam selepas dihanyutkan ke laut oleh tsunami telah digelar sebagai Aquaman dalam kehidupan nyata.

28 jam bertarung nyawa dihanyut arus air, lelaki selamat walau dilanda tsunami

Baru-baru ini, negara pulau Tonga dilanda tsunami dahsyat yang disebabkan oleh letusan gunung berapi bawah air.

Lisala Folau, yang tinggal di pulau kecil Atata, terletak kira-kira 8km barat laut ibu kota Tonga Nuku’alofa, telah dimaklumkan tentang tsunami yang akan datang oleh abangnya dan berjaya berlindung di sebatang pokok.

Bagaimanapun, dia turun selepas tsunami tersebut berlalu namun dikejutkan dengan ombak kedua yang lebih besar lagi sekali gus menghanyutkan dia dan keluarganya ke laut.

Walaupun mengalami masalah mobiliti yang serius, Folau berjaya berenang selama 28 jam dan akhirnya sampai ke hujung selatan Tongatapu, di seberang negara.

“Ia gelap dan kami tidak dapat melihat antara satu sama lain. Tidak lama kemudian saya tidak dapat mendengar anak saudara saya memanggil lagi, tetapi saya dapat mendengar anak saya memanggil,” kongsi Lisala Folau mengingati saat dia dihanyutkan oleh tsunami.

“Saya tidak boleh berjalan dengan betul, kedua-dua kaki saya tidak berfungsi dengan baik – dan apabila saya boleh, saya percaya bahawa bayi boleh berjalan lebih laju daripada saya. Jadi saya hanya terapung, dihanyutkan oleh ombak besar yang terus datang.”

Tambah Folau, dia hanya memikirkan tentang keluarganya justeru membuatkan dia terus bertahan untuk berenang begitu lama.

“Sangat tidak dijangka sehingga saya terselamat selepas dihanyutkan, terapung dan terselamat daripada bahaya yang baru saya hadapi,” kata lelaki berusia 57 tahun itu.

 

Sumber: [1]