Nasi lemak merupakan makanan tradisi orang Melayu yang terdapat di semua bahagian Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.
Sajian ini merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa bagi menambah rasa lemaknya.
Meskipun pada kebanyakkan orang ia hanya makanan biasa dan boleh dimasak oleh ramai orang, siapa sangka nasi lemak mempunyai subjeknya tersendiri dalam kursus yang ditawarkan di Universiti Malaya (UM)?
Menerusi kod GQH0054 Nasi Lemak and the Food System, subjek ini ditawarkan kepada pelajar Institute for Advance Studies (IAS) di UM. Ia nyata mengejutkan netizen yang teruja apabila pertama kali mendengar subjek Nasi Lemak ditawarkan, seperti menerusi video berikut:
Ada sesiapa yang ambil subjek ini di UM tak?
Sumber: @neydiawang (TikTok) / UM