Pelik tetapi itu yang benar-benar berlaku selepas seorang model wanita dari Brazil tampil dengan minyak wangi baharunya yang didakwa campuran peluh badannya sendiri.
Wanessa Moura yang juga seorang influencer berusia 29 tahun berkata, beliau mendapat ilham untuk menggunakan peluhnya sebagai ramuan dalam minyak wangi selepas teman lelaki dan pasangannya memuji bau badan semulajadinya sebagai ‘seksi dan mengujakan’.
Mintak wangi berjenama Fresh Goddess dikatakan mempunyai 8 milimeter peluh badannya, telah meraih banyak sambutan dari pengikut Wanessa yang menyukai wangian itu, termasuk bekas kekasihnya.
"Bau peluh ini memikat lelaki. Saya menggunakan titisan keringat saya sebagai bahan wangian parfum," katanya seperti dilaporkan New York Post.
Menurut Wanessa, wangian itu disediakan dalam botol 50 ml dengan setiap satu dijual pada harga RM585.
Sumber: New York Post