Akibat terlupa dirinya sudah memakai kanta sentuh, seorang wanita terpaksa menjalani pembedahan kecil bagi membuang sebanyak 23 kanta sentuh pada matanya bulan lalu.
![lupa dah pakai, doktor keluarkan 23 kanta sentuh dalam mata pesakit ini](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2022-10-13-at-5-27-22-pm.png)
Kejadian berlaku di sebuah klinik di Newport Beach, California dan rakaman video mengeluarkan 23 kanta sentuh itu menjadi tular di media sosial.
Menurut laporan, pesakit wanita itu dilaporkan terlupa dirinya sudah memakai kanta sentuh dan terus memakainya setiap hari sehinggakan ia tersekat dalam bebola mata.
![lupa dah pakai, doktor keluarkan 23 kanta sentuh dalam mata pesakit ini](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2022-10-13-at-5-27-28-pm.png)
Netizen yang menonton video berkenaan menjadi bingung bagaimana wanita itu boleh terlupa untuk membuka kanta sentuh yang dipakainya sebelum memakai kanta sentuh baharu.
Video yang tular itu jelas menunjukkan Dr. Kurteeva menggunakan putik kapas untuk mengeluarkan berpuluh kanta sentuh dari dalam mata pesakit itu. Sebahagian daripada kanta itu juga sudah bertukar warna hijau kerana berada dalam mata untuk tempoh yang lama.
![lupa dah pakai, doktor keluarkan 23 kanta sentuh dalam mata pesakit ini](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2022-10-13-at-5-27-35-pm.png)
"Saya mengasingkan semua kanta lekap dengan teliti dan jumlah keseluruhannya 23 keping.
"Saya terpaksa menggunakan alat pembedahan yang sangat halus seperti forsep yang digunakan tukang emas bagi mengasingkan kanta lekap itu," kata pakar oftalmologi.
Untuk rekod, sebanyak 27 kanta sentuh berjaya dikeluarkan dari dalam mata seorang wanita warga emas beberapa tahun lalu dan ia masih menjadi ‘rekod terbanyak’ di dunia buat masa ini.
Sumber: HMetro