Seorang jurutera telah mencuri perhatian ramai selepas tampil dengan sebuah basikal unik yang mempunyai tayar berbentuk segi empat.
Kita mungkin sudah biasa dengan basikal yang mempunyai tayar berbentuk bulat yang digunakan untuk bergerak, namun siapa sangka tayar berbentuk segi empat juga mampu bergerak sama seperti tayar biasa.
Sergii Gordieiev yang popular menerusi saluran Youtube inovasi The Q telah mencuri perhatian ramai selepas tampil dengan basikal yang mempunyai tayar berbentuk segi empat.
Video yang tular di media sosial menunjukkan kenderaan itu mampu berfungsi seperti biasa, malah kelihatan normal sama seperti basikal yang biasa digunakan masa ini.
Rata-rata warganet yang melihat video itu seakan tidak percaya basikal dengan tayar segi empat juga boleh bergerak dengan sempurna, meskipun secara logiknya ia tidak praktikal.
Inovasi basikal tayar segi empat itu juga diharapkan dapat dipasarkan kepada orang ramai tidak lama lagi.
Sumber: India Times