Seorang lelaki yang tinggal dalam gua selama 20 tahun, tidak menyangka kewujudan wabak COVID-19 dan meminta untuk dirinya divaksin bagi mengelakkan dijangkiti.
Panta Pertrovic, 70, dari Pirot, Serbia, baru sahaja mengetahui akan wabak tersebut selepas membuat lawatan ke pekan pada tahun lepas.
Beliau juga menggalakkan lebih ramai segera mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, malah tidak faham mengapa ada individu yang mempunyai pandangan skeptikal mengenai kewujudan virus berkenaan.
“Virus itu tidak memilih mangsa. Ia akan datang ke sini, ke gua saya juga.
“Saya ingin dapatkan kesemua tiga dos termasuk dos tambahan. Saya juga ingin menggalakkan setiap penduduk agar mendapatkan vaksinasi mereka,” katanya.
Lelaki yang pernah bekerja sebagai buruh itu mula pindah ke gua kecil di sebuah kawasan pergunungan untuk mengelak daripada masyarakat pada 20 tahun yang lepas.
“Saya tidak bebas di bandar. Kebiasaannya, terdapat seseorang yang akan mengganggu anda, sama ada anda bertengkar dengan isteri, jiran atau polis.
“Di sini, tiada sesiapa yang mengganggu saya,” jelasnya
Tempat penginapan Petrovic hanya boleh diakses menerusi pendakian curam di gunung tersebut. Sumber makanannya adalah cendawan dan ikan yang ditangkap dari anak sungai berdekatan, malah sekali sekala akan ke pekan bagi mencari sisa makanan daripada tong sampah.
Sumber: [1]