Seorang wanita yang tidak memotong rambutnya selama 15 tahun menggelar diri sendiri sebagai Rapunzel Jepun.
Wanita yang dikenali sebagai Rin Kambe itu memiliki rambut sepanjang 6 kaki 3 inci dan merupakan salah seorang penduduk di bandar raya Tokyo, Jepun.
Menurutnya, kali terakhir dia memotong rambutnya adalah ketika usia 20 tahun.
Bagaimanapun, kongsinya, tidak mudah untuk menjaga rambutnya itu.
Kebiasaannya, dia akan menggunakan krim kulit kepala yang dibuat dengan menggunakan safron selain memantau pengambilan zat besi bagi membolehkan rambutnya terus tumbuh dengan sihat.
“Kira-kira 15 tahun lalu, ketika saya mula bersungguh-sungguh menyimpan hasrat sebagai seorang artis, saya memutuskan untuk memotong bahagian rambut saya yang diwarnakan dan menumbuhkan rambut semula jadi yang sangat panjang kerana rasanya seperti semula jadi, cantik, rambut yang begitu panjang seakan senjata bagi mengekspresikan tarian,” katanya yang juga merupakan seorang penari.
Akui Rin lagi, ada orang yang menyukai rambutnya, namun ada juga berpendapat sebaliknya.
“Ada orang di dunia yang menghargainya, dan ada juga yang menganggapnya sebagai rambut gergasi.
“Saya rasa ada banyak pendapat. Namun, saya percaya bahawa rambut semula jadi berupaya menghasilkan ekspresi diri pada tahap maksimum, dan saya sangat gembira jika orang merasa luar biasa ketika mereka menyaksikan pertunjukan tarian Rapunzel saya,” ujarnya.
Sumber: [1]