Lepas 11 Tahun Dilapor Hilang, Wanita Ini Rupanya Ada Di Rumah Jiran

Seorang wanita dari India yang dilaporkan hilang sejak 2010, rupanya ditemui tidak jauh daripada rumah iaitu di rumah jirannya.

lepas 11 tahun dilapor hilang, wanita ini rupanya ada di rumah jiran

Semuanya bermula apabila wanita yang dikenali sebagai Sajitha melarikan diri daripada rumah pada 2010 dan sejak itu keluarganya tidak menemuinya lagi.

 

Malah keluarganya juga menyangka Sajitha sudahpun meninggal dunia kerana sudah lama tidak muncul dengan khabar berita.

 

Namun siapa sangka, selepas 11 tahun ‘menghilang’, wanita itu rupanya berada tidak jauh dari rumahnya dan tinggal bersama kekasihnya yang juga jiran terdekat. Bagaimanapun, hubungan bersama lelaki itu tidak mendapat kerestuan kedua belah keluarga.

lepas 11 tahun dilapor hilang, wanita ini rupanya ada di rumah jiran

Penemuan Sajitha diketahui selepas keluarga lelaki membuat laporan akan kehilangan lelaki berusia 34 tahun itu sejak tiga bulan lalu. Suatu hari, abang lelaki itu terlihat lelaki itu sedang berjalan menuju ke sebuah rumah yang tidak jauh dari mereka.

 

Selepas polis membuat serbuan ke atas rumah tersebut, ditemui lelaki itu bersama seorang wanita iaitu Sajitha yang dilaporkan hilang sejak 11 tahun lalu. Mereka menyewa rumah tersebut secara diam-diam daripada pengetahuan keluarga masing-masing.

 

Keluarga Sajitha juga terkejut apabila mengetahui anak gadis mereka yang hilang 11 tahun lalu rupanya berada hanya 500 meter daripada rumah.

 

Dan sepanjang 11 tahun itulah, mereka merahsiakan hubungan ini dan tinggal dalam rumah kecil yang disewa serta tidak bergaul dengan mana-mana jiran tetangga. Ada yang menganggap lelaki itu sebagai kurang siuman kerana sering berkurung dalam rumah, tetapi kini terbongkarlah rahsia rupanya dia menyembunyikan teman wanitanya disitu.

Sumber: Oddity Central