1,000 Kali Ujian Memandu Selama 30 Tahun, Wanita Ini Masih Gagal

Berapa kali anda pernah mengambil ujian memandu sebelum ini?

1,000 kali ujian memandu selama 30 tahun, wanita ini masih gagal

Ujian memandu merupakan satu tahap bagi menguji kelayakan seseorang itu mengendalikan kenderaan sebelum diberi lesen untuk memandu ditempat awam. Ia mungkin mudah bagi kebanyakkan orang, namun sukar bagi mereka yang kurang keyakinan.

 

Itu yang terjadi kepada Isabelle Stedman, yang sudah mengambil ujian memandu sebanyak 1,000 kali selama 30 tahun lamanya, membuatkannya berasa sedih dan kecewa.

1,000 kali ujian memandu selama 30 tahun, wanita ini masih gagal

Wanita berusia 47 tahun itu sudah melakukan percubaan memandu selama 30 tahun lamanya, namun setiap kali itulah guru memandu disebelahnya akan memegang stering bagi menyelamatkannya yang pengsan selepas memandu.

 

Wanita itu yang sudahpun mempunyai dua orang cahaya mata, mula belajar memandu seawal usianya 17 tahun. Beliau juga tidak pernah terlibat dengan mana-mana kemalangan jalanraya yang mungkin membuatkan dirinya berasa fobia.

1,000 kali ujian memandu selama 30 tahun, wanita ini masih gagal

“Setiap kali saya berada dalam kereta, saya berasa seperti tidak pernah naik kereta sebelum ini.

“Saya tidak faham, tapi saya rasa gemuruh dan teruja sehinggakan otak saya tiba-tiba tidak berfungsi hingga tidak sedarkan diri buat seketika.

“Selepas saya sedar, kami berada dibahu jalan dengan guru memandu memegang stering”, kata beliau.

 

Beliau berkata lagi keinginannya untuk mendapatkan lesen adalah bagi mengantar anaknya ke universiti dan juga melawat keluarga yang jauh.

1,000 kali ujian memandu selama 30 tahun, wanita ini masih gagal

Doktor yang merawat beliau juga tidak dapat menjelaskan fobia yang dialami memandangkan wanita itu tidak pernah pula terlibat dalam mana-mana kemalangan sebelum ini.

 

Sumber: [1]