10 Tahun Berkahwin, Wanita Ini Telah Curang 25 Kali

Kisah seorang wanita dari India menjadi perhatian orang ramai apabila dia didapati curang sebanyak 25 kali dalam tempoh 10 tahun terakhir perkahwinannya.

10 tahun berkahwin, wanita ini telah curang 25 kali

Memetik laporan India Today, menurut bapa mertua wanita itu, dia telah ‘kahwin lari’ dengan lelaki yang berbeza sebanyak 20 hingga 25 kali sejak dia berkahwin dengan anaknya.

Wanita tersebut bagaimanapun, masih dimaafkan suaminya biarpun suaminya itu telah disakiti berkali-kali.

Ketika wanita itu kembali ke rumahnya, suamniya mengatakan bahawa dia bersedia untuk menerimanya kembali.

Pasangan tersebut merupakan penduduk kampung Dhing Lahkar di Assam Tengah, India dan difahamkan telah pun mempunyai tiga cahaya mata dengan anak bongsu mereka yang baru berusia tiga bulan.

Wanita yang tidak dikenal pasti identitinya itu, nampaknya curang dengan begitu ramai lelaki di kampung tersebut.

Setiap kali dia bertindak melarikan diri dari rumah, dirinya sering kembali dalam beberapa hari kemudian.

Baru-baru ini, dia disyaki berlaku curang lagi dengan seorang lelaki dari kampung sama, dan ini dikatakan kali ke-25 dia melarikan diri dari rumah.

Menurut wartawan tempatan, suaminya yang bekerja sebagai pemandu mengatakan bahawa isterinya itu sering menggunakan alasan mencari rumput untuk memberi kambing makan.

Selain itu, dia turut membawa wang dan beberapa barang kemas.

“Pada 4 September, ketika saya pulang dari kedai pembaikan motosikal, saya tidak menemui isteri saya. Dia melarikan diri setelah memberikan anak lelaki kami yang berusia 3 bulan ke rumah jiran.

“Dia memberitahu jiran bahawa dia hendak mencari makanan untuk kambing. Dia melarikan diri dan mengambil 22,000 rupee (RM1,248) dan barang kemas lain dari rumah saya,” kata suami wanita itu.

Ayah mertua wanita itu menambah, “Kami tidak tahu dengan siapa dia kahwin lari kali ini.”

Bunyinya macam parah. Tapi buat pasangan berkahwin di luar sana, sekiranya punya konflik, berusahalah sebaik mungkin untuk cari jalan penyelesaian ya.

Seboleh-bolehnya, elakkan orang ketiga daripada memasuki hubungan perkahwinan korang. Khuatir, nanti makin parah pula jadinya.

 

Sumber: [1]