10 Manusia Bakal Ada Kuasa Misteri, Kata Pengembara Masa Ini

Seorang pengguna Tiktok yang mendakwa dirinya adalah pengembara masa berkata seramai 10 orang manusia akan memiliki kuasa misteri tidak lama lagi.

 

Menerusi satu kiriman video, pengguna akaun Tiktok @timevoyaging memberi amaran kepada orang ramai bahawa 10 individu ini akan menyerap satu kuasa selepas matahari melepaskan letupan tenaga pada tarikh 14 November 2022.

10 manusia bakal ada kuasa misteri, kata pengembara masa ini

Difahamkan individu yang menerima kuasa itu menerusi peningkatan daya telekinesis, namun bukan semua mereka akan menggunakan kuasa kearah kebaikan.

 

“Perhatian ya, saya adalah pengembara masa yang nyata, 10 orang akan mendapat kuasa super tidak lama lagi. Pada 14 November 2022, matahari akan mengeluarkan gelombang tenaga yang akan melanda Bumi.

“10 mereka yang paling teruk dari kesan sinar matahari itu akan menerima kuasa. Ada yang baik dan ada juga yang buruk hingga mampu untuk merosakkan hidup,” tulis pemilik akaun itu, lapor Dail Star.

10 manusia bakal ada kuasa misteri, kata pengembara masa ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak mempercayai amaran tersebut sambil menyifatkan pengguna itu sebagai individu yang terlalu obses menonton filem adiwira.

 

@timevoyaging 10 randoms… #fyp #fypage #timevoyaging #timetravel #timetraveler #viral #xyzbca #2022 #conspiracy ♬ Echoes Drifting - Truth Needs To Be Out

 

Video tersebut mendapat lebih ratusan ribu tontonan dan ribuan tanda suka.

 

Sumber: Tiktok / Siakap Keli

ARTIKEL BERKAITAN