Wanita Ini Pernah Di Pulau Sebab Tak Layan Sinetron

Seorang wanita dari Jawa Barat, Indonesia mengakui pernah dipulaukan jiran dan rakan sekerja hanya kerana tidak menonton sinetron popular di negara itu bertajuk ‘Ikatan Cinta.’

 

Wanita yang dikenali dengan nama Sairoh, 40, pada mulanya tidak mengikuti drama berkenaan, menyebabkan dia sering ketinggalan kerana jiran dan rakan sekerjanya sering bersembang mengenai drama itu.

 

Drama popular di Indonesia itu sering menjadi topik perbualan jiran dan rakannnya tak kira waktu seperti ketika rehat atau sebelum menunaikan solat.

Akibatnya, Sairoh hanya mampu mendiamkan diri sahaja ketika mereka sedang berbual mengenai drama berkenaan, hingga dirinya dipulaukan.

 

"Mereka sering bercakap mengenai watak utama drama berkenaan iaitu Aldebaran dan Andin sedangkan saya tidak tahu. Jadi saya pun nekad luangkan masa menonton drama berkenaan," katanya.

wanita ini pernah di pulau sebab tak layan sinetron

Kali pertama Sairoh menonton drama itu, beliau menjadi ketagih dan tidak terlepas untuk menyaksikannya setiap hari. Sejak dari itu juga, Sairoh mengakui menjadi peminat bagi watak Aldebaran yang dilakonkan Arya Saloka dan Andin lakonan Amanda Manopo.

 

Berikutan itu juga, Sairoh tidak lagi dipulaukan jiran dan rakan sekerja.

 

"Kebiasaannya, saya akan menukar ke saluran lain pada waktu iklan disiarkan.

"Namun, drama Ikatan Cinta membuatkan saya tidak berganjak dan sanggup makan di hadapan televisyen selain berebut dengan anak asalkan dapat menontonnya.

"Disebabkan terlalu obses, saya pernah membayangkan Aldebaran menjadi suami saya kerana ketampanannya, malah saya suka gandingannya dalam drama itu iaitu Andin," katanya.

 

Sumber: Tribunews

 

 

ARTIKEL BERKAITAN