Viral Pemuda Indonesia Kutip Hutang Guna Mikrofon

Seorang pemuda dari Indonesia yang merupakan seorang pekerja koperasi, viral, apabila dia merakamkan dirinya memungut hutang dengan cara yang cukup tidak terjangkau dari akal!

viral pemuda indonesia kutip hutang guna mikrofon

Pemuda yang bernama Adlinawari dan berusia 21 tahun itu mengumpul hutang dengan menggunakan mikrofon yang dihubungkan dengan pembesar suara.

Menurut laporan media tempatan, kisah yang dimuat naik pemuda tersebut di akaun Tik Toknya (@adli_nawari) pada 22 April lalu berjaya mencuri perhatian netizen hingga menyebabkannya menjadi subjek viral.

Kongsi Adli, dia terdetik untuk berbuat demikian setelah melihat penduduk setempat yang berkaraoke.

Dia kemudiannya meminjam mikrofon sehingga suaranya didengari penduduk sekeliling.

Akuinya, ia merupakan kali pertama dirinya berbuat perkara seumpama itu.

“Saya tidak pernah menggunakan pembesar suara, idea itu tiba-tiba muncul,” ujar Adli.

Tambahnya lagi, dia sudah cuba mengutip hutang daripada pelanggan tersebut untuk beberapa hari namun ketika bertemu, pelanggan tersebut melarikan diri daripadanya.

“Saya sudah menagih hutang selama beberapa hari namun tidak pernah berjumpa,”

“Setelah dijumpai, pelanggan tersebut melarikan diri,” sambungnya.

Yang peliknya, ketika pelanggan tersebut mendapati Adli menggunakan pembesar suara untuk memungut hutang, dia sendiri tergelak.

Pelanggan tersebut malahan melunaskan hutang sepenuhnya setelah bertemu Adli selepas itu.

Rata-rata, ramai warganet yang memuji cara Adli mengutip hutang menerusi cara unik itu, dengan menyifatkan langkah tersebut sebagai sesuatu yang kreatif!

 

Sumber: [1]