Seorang wanita dari Jakarta telah menuduh rakannya mahu menghantar sihir santau melalui masakan selepas menemui satu bungkusan dalam masakan sup yang disediakan rakannya itu.
Menurut laporan dari Suara.com, wanita itu memuatnaik video masakan sup yang disediakan rakannya selepas percaya rakannya itu ada niat jahat.
“Saya datang ke rumah rakan dan ketika itu dia sedang masak.
“Selepas melihat masakannya, saya jumpa satu bungkusan berbalut di dalam sup. Saya yakin dia berniat untuk menghantar santau kepada saya jadi saya enggan makan masakan itu,” katanya.
Wanita itu telah merakam video itu secara senyap dan berharap agar rakannya tidak menonton video yang dimuatnaik.
Bagaimanapun, bungkusan itu bukanlah satu perkara aneh, pelik atau mistik buat kebanyakkan kita kerana ia adalah sup bunjut yang mempunyai pelbagai jenis ramuan rempah ratus yang telah di bunjut dalam kain putih dan diikat.
Netizen yang menonton video terbabit bertindak ‘menyerang’ komen pada video hingga ia menjadi tular dan mendapat jutaan tontonan.
Sumber: Suara.com