Thailand Anjur Pertandingan Menang Lembu Buat Mereka Yang Daftar Vaksin

Sejak kebelakangan ini, sering kali kita melihat pelbagai pihak yang menawarkan produk atau makanan percuma dalam usaha untuk meramaikan lagi mereka yang mengambil vaksin.

thailand anjur pertandingan menang lembu buat mereka yang daftar vaksin

Tidak ketinggalan, salah satu daerah yang terletak di Thailand, iaitu Mae Cham, Chiang Mai, turut hadir dengan cara kreatif yang mana mereka mengadakan pertandingan memenangi lembu secara percuma!

Usaha tersebut dibuat adalah untuk memotivasi penduduk di daerah terbabit agar mendaftar proses vaksinasi.

Menurut Ketua Daerah, Boonlue Thammanurak, pelancaran kempen tersebut dilancarkan dengan harapan dapat membuat para penduduk berasa inklusif dan santai terutamanya di waktu-waktu sulit sebegini.

Jelasnya lagi, pemenang baru akan dipilih setiap minggu hingga akhir tahun ini, yang secara tidak langsungnya bermaksud, sebanyak empat lembu akan diberikan sebagai hadiah setiap sebulan.

Difahamkan juga kempen tersebut berjalan dengan baik, telah berjaya mendaftarkan sebanyak 4,500 penduduk untuk mendapatkan vaksin di awal pelancarannya.

Tambah Boonlue lagi, Mae Cham mempunyai sekitar 60,000 penduduk. Dia meletakkan sasaran sebanyak 2,000 daripada jumlah tersebut menjalani proses vaksinasi setiap minggu.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN