Seakan Faham Bahasa Manusia, Kambing Viral Kerana Bijak Bertutur Dengan Tuannya!

Sambutan Aidiladha memang telah berlalu, namun kisah mengenai sambutan hari mulia itu masih ada sehingga kini. Terdapat banyak insiden lucu dan menyentuh yang berlaku pada hari tersebut, dan kebanyakannya dikongsikan di media sosial.

seakan faham bahasa manusia, kambing viral kerana bijak bertutur dengan tuannya!

Salah satunya termasuklah satu video yang dimuat naik di Tik Tok @plasmamandiristel yang menunjukkan seorang pemilik kambing, yang sedang memberi makan kepada salah seekor kambing yang dibelanya di kandang.

Dalam video tersebut, lelaki itu dilihat mengusik kambing belaannya itu.

Ketika hendak memberinya rambutan, lelaki tersebut dengan sengaja semakin membelakangkan tangannya agar buah itu tidak dapat dicapai kambing comel itu.

Namun yang paling menangkap perhatian ramai adalah apabila lelaki itu bercanda dengan kambing itu dengan  bertanya, “Sedap?”, yang mana kambing comel itu serta-merta menganggukkan kepalanya, seolah-olah memahami pertanyaan yang diajukan kepadanya.

Ia kemudian disambut dengan tawa oleh seorang lelaki yang turut berada di samping pemilik kambing itu.

Setakat tulisan ini, video tersebut telah ditonton lebih 4.4 juta kali yang mana kebanyakan warganet rata-ratanya memuji kebijakan kambing comel itu!

 

@plasmamandiristel

mbek mkan rambutan😂

♬ suara asli - plasmamandiristel - fendi

 

Sumber: [1]