Sakan Habis! Orang Utan Bergaya Dengan Cermin Mata Hitam Pelancong Yang Terjatuh

Baru-baru ini tular satu video di media sosial yang memperlihatkan seekor Orang Utan di Indonesia menggayakan sepasang cermin mata hitam dengan begitu bersahaja.

sakan habis! orang utan bergaya dengan cermin mata hitam pelancong yang terjatuh

Video yang kini telah dilihat lebih 44 juta pengguna Tik Tok itu, berjaya mencuit hati orang ramai yang sedikit sebanyak terhibur melihat gelagat comel haiwan tersebut.

Segala-galanya terjadi apabila seorang gadis yang berkunjung ke sebuah zoo di Indonesia tidak sengaja terjatuhkan cermin mata hitam miliknya ke dalam tempat kurungan Orang Utan di zoo terbabit.

Menerusi video yang dimuat naik di Tik Tok itu, jelas kelihatan Orang Utan yang sedang menggendong bayinya itu menuju ke lokasi cermin mata hitam itu terjatuh dan memakainya sejurus ia mengambil cermin mata terbabit.

Ia kemudian dilihat begitu asyik bermain-main dengan cermin mata hitam tersebut dan sepertinya, seronok menggayakan aksesori tersebut pada dirinya sendiri sambil diperhatikan bayinya.

Sejak dimuat naik, video tersebut telah mendapat lebih dari 10 juta tanda suka dan dikongsi hampir sejuta kali.

Turut mencuit hati, ramai juga pengguna yang meninggalkan komen seolah-olah tidak mempercayai bagaimana haiwan tersebut boleh berkelakuan seperti manusia.

“Saya bersumpah mereka boleh bercakap tetapi tidak mahu membayar cukai,” gurau seorang pengguna Tik Tok.

“Saya bingung. Bagaimana mereka boleh tahu secara automatik cara memakai cermin mata hitam itu,” coret pengguna lain pula.

 

@minorcrimes

So I’m down a pair of sunglasses but up a very good story ##monke

♬ original sound - Lola Testu

 

 

Sumber: [1]