Peguam Tersilap Buka Filter Pada Kamera, ‘‘Saya Bukan Kucing..’’

Seorang peguam tidak menyangka kamera pada aplikasi Zoom telah menukarkan dirinya kepada seekor anak kucing.

peguam tersilap buka filter pada kamera, ‘‘saya bukan kucing..’’

Ia berlaku ketika prosiding maya Mahkamah Daerah Kehakiman ke-394 di Texas oleh Hakim Roy Ferguson bersama dua orang peguam dan ‘anak kucing’

 

Peguam daerah, Rod Ponton, menggunakan filter pada kamera Zoom yang menukarkannya kepada seekor anak kucing bermata biru yang comel.

 

Ponton juga berkata beliau telah cuba menukarkan semula tetapan kamera itu namun gagal.

"Saya ada di sini secara langsung, saya bukan kucing," katanya.

peguam tersilap buka filter pada kamera, ‘‘saya bukan kucing..’’

Menerusi video viral, hakim Ferguson menulis dalam tweet, "Petua penting Zoom: Sekiranya seorang kanak-kanak menggunakan komputer anda, sebelum anda menyertai pendengaran maya, periksa Pilihan Video Zoom untuk memastikan filter dimatikan."

 

Ponton memberitahu Reuters bahawa dia sendiri pun tidak pasti bagaimana filter itu boleh muncul.

 

"Saya masuk ke komputer setiausaha saya untuk hadir pada perbicaraan ini melalui Zoom, dan ketika semua orang sudah sedia, hakim memanggil kes itu dan wajah semua orang seharusnya muncul di Zoom.

"Wajah semua orang muncul kecuali saya. Wajah saya adalah kucing.

"Hakim membantu mengeluarkan saya dari filter dan perbicaraan diteruskan, jelasnya.

 

Sumber: Astro Awani