Niat Nak Hilangkan Kutu, Sekali Kucing Bertukar Jadi Warna Kuning!

“Mama minta maaf ya sebab jadikan awak kuning.”

niat nak hilangkan kutu, sekali kucing bertukar jadi warna kuning!

Begitulah luahan seorang wanita yang juga merupakan pemilik kucing bernama Lolo setelah kucingnya bertukar menjadi warna kekuningan kerana dimandikan dengan air kunyit.

Gara-gara ingin menghilangkan kutu pada kucing kesayangannya, wanita yang dikenali sebagai Afiffah Roslan itu memandikan kucing itu dengan menggunakan air kunyit.

Kongsinya, dia mendapat tahu mengenai cara tersebut menerusi satu video yang pernah ditontonnya di Tik Tok. Susulan itu, dia berkeputusan mencuba cara tersebut pada kucingnya, Lolo.

Cara tersebut berkesan kerana ia berjaya menghilangkan kutu-kutu yang ada pada kucing itu.

Namun yang mencuit hati ramai adalah apabila, setelah kucing itu selesai dimandikan dengan air kunyit, badannya bertukar menjadi kekuningan.

Coret Afifah dalam satu grup pencinta kucing di Facebook, “Rasanya ni terlebih kunyit sebab video yang saya tengok dekat Tik Tok tu tak de la pekat (warna kuning pada kucing) macam ni.

Foto tersebut akhirnya tular sehingga ada warganet yang bergurau dengan mengatakan kucingnya yang sebelum ini hitam dan putih, kini berubah menjadi hitam dan kuning seperti lebah.

Memetik satu laporan daripada media tempatan, kongsi Afifah, sebelum ini dia menggunakan ubat kutu yang dibeli secara dalam talian.

Tetapi, sekiranya hendak menunggu ubat untuk dipos keluar, kemungkinan lambat sampai.

Oleh sebab itu, Afiffah berkeputusan menggunakan cara lain untuk menghilangkan warna kuning pada kucing kesayangan keluarganya itu.

“Saya letak serbuk kunyit campur garam kasar, masukkan dalam baldi lepas tu letak air suam dan mandikan Lolo.

“Memang menjadi tapi tak semua yang keluar,” katanya.

Bagaimanapun, setelah hampir seminggu, Afiffah berkata warna kuning pada kucingnya itu semakin pudar.

 

Sumber: [1]