Mencuit Hati! Pensyarah Pasrah Kelas Dalam Talian 'Diganggu' Anak Kecil

Pada mulanya, bekerja dari rumah terasa menyenangkan kerana tidak perlu menghabiskan masa untuk bersiap-siap ke pejabat.

mencuit hati! pensyarah pasrah kelas dalam talian 'diganggu' anak kecil

Namun, untuk mereka yang sudah berkeluarga, ada kalanya produktiviti itu menjadi sedikit terganggu kerana harus menguruskan dua pekerjaan sekali gus iaitu, menjaga anak sambil bekerja.

Seorang lelaki yang bekerja sebagai pensyarah turut tidak terkecuali daripada mengalami perkara yang sama, yang mana baru-baru ini, tular videonya yang sedang mengajar para pelajar secara dalam talian sambil memegang bayinya dalam pelukan.

Video yang mencuit hati itu dimuat naik di Tik Tok oleh salah seorang pelajarnya, @/opohtetew, yang mana pensyarah itu kadang kala dilihat ‘menyalahkan’ anaknya atas ‘kesulitan’ tersebut namun tetap sahaja dimaksudkan dalam nada bergurau.

“Inilah dalangnya dalam kebanyakan orang. Kerana dia, ada kalanya, pembelajaran kita menjadi sehari, ada kalanya kita tidak dapat belajar langsung. Semuanya berpunca daripada yang seorang ini.”

Yang pasti, suasana di dalam kelas tersebut bertukar menjadi menghiburkan dengan adanya kehadiran bayi comel itu.

 

Sumber: [1]