Lelaki Terkejut Nampak Kucing Sendiri Dalam Iklan Rumah Untuk Dijual Milik Jiran

Seorang lelaki tercengang apabila dia melihat kucingnya berada dalam iklan rumah untuk dijual jirannya sendiri.

lelaki terkejut nampak kucing sendiri dalam iklan rumah untuk dijual milik jiran

Manakan tidak, rupa-rupanya dalam diam, kucing peliharaannya kerap berkunjung ke rumah jiran sebelah.

Menerusi entri di Twitter, lelaki yang bernama Micheal Hubank itu memuat naik satu status berserta screenshot iklan tersebut.

Tulisnya, “Jiran-jiran baru sahaja meletakkan rumah mereka untuk dijual. Tidak tahan untuk memeriksanya di Zoopla. Itu kucing kami.”

Gambar yang menunjukkan ruang bilik tidur itu mendedahkan kucing berwarna oren yang sedang nyenyak tidur dengan begitu selesa sekali di atas katil bilik tersebut.

Rata-ratanya, warganet lain terhibur dengan perkara itu.

Memandangkan kucing tersebut tidak dikeluarkan langsung daripada gambar tersebut, ramai yang beranggapan bahawa kemungkinan, itu bukanlah kali pertama ia pernah datang ke rumah jiran Michael.

 

Sumber: [1]