Kwang Soo Muncul Sebagai 'Kameo' Dalam Episod Terbaru Running Man

Biarpun sudah tidak lagi bersama dengan barisan ahli Running Man, Lee Kwang Soo bagaimanapun, ternyata masih mengekalkan hubungan persahabatannya dengan rakan-rakan dari rancangan tersebut.

kwang soo muncul sebagai 'kameo' dalam episod terbaru running man

Memadai sahajalah kerana hampir keseluruhan daripada barisan ahli rancangan itu telah menghabiskan masa dan menjalani penggambaran bersama selama 11 tahun.

Menerusi siaran episod terbaru Running Man yang juga merupakan episod pertama rancangan tersebut tanpa kehadiran Lee Kwang Soo secara rasmi, barisan ahli Running Man berkumpul sesama sendiri untuk mengadakan satu pertemuan yang seolah-olahnya berkonsepkan ‘kelab permainan dan rekreasi’.

Dalam salah satu adegan daripada episod tersebut, Yoo Jae Suk secara tidak sengaja menerima satu panggilan telefon yang mana dia mendedahkan ia merupakan panggilan daripada Lee Kwang Soo.

“Oh, saya mendapat panggilan daripada Kwang Soo,” kata Yoo Jae Suk.

Dia kemudian mengangkat panggilan tersebut dengan segera dan berkata, “Kami sedang menjalani penggambaran,” sebelum mematikan panggilan tersebut.

Kesemua ahli Running Man kemudian terhibur dengan aksi spontan Jae Suk sehingga salah seorang ahli Running Man, Yang Se Chan berkata, “Saya ingat anda tidak lagi dapat memotongnya daripada bercakap tetapi sekarang anda melakukannya menerusi telefon.”

Terdahulu, ketika Lee Kwang Soo masih terlibat sebagai sebahagian daripada ahli Running Man, dia sering ‘diusik’ Yoo Jae Suk yang gemar memotongnya daripada bercakap sehingga membuatkan kebanyakan tetamu yang hadir dalam rancangan tersebut berasa geli hati melihat telatah kedua-dua ahli Running Man itu.

 

Sumber: [1]