Punca Kucing Duduk Atas Bumbung, Kereta Api Terkandas Lebih 2 Jam

Kucing sememangnya membawa watak dan perwatakan yang comel dan juga ‘memeningkan kepala’ ramai orang dengan telatahnya yang bersahaja.

 

Itu yang berlaku kepada seekor kucing di United Kingdom ini apabila duduk berehat diatas bumbung sebuah kereta api, hingga menyebabkan perjalanan kereta api itu tergendala.

punca kucing duduk atas bumbung, kereta api terkandas lebih 2 jam

Kejadian berlaku di stesen Avanti West Coast, kira-kira setengah jam sebelum ia dijadualkan bertolak ke Manchester pada jam 9 malam.

 

Namun, disebabkan si bulus ini sedang duduk berehat atas kereta api tersebut, semua penumpang dalam kereta api berkenaan diarahkan berpindah ke dalam kereta api lain buat sementara waktu.

punca kucing duduk atas bumbung, kereta api terkandas lebih 2 jam

Operasi mengalihkan kucing berkenaan bukanlah semudah disangka kerana petugas di stesen berkenaan mengambil masa lebih dua jam bagi menurunkannya.

 

Itupun selepas petugas kereta api tersebut meletakkan sebuah tong sampah di sebelah kereta api berkenaan, dan menarik perhatiannya untuk turun dengan selamat.

 

 

Sehingga kini, tiada siapa pun tahu bagaimana kucing berkenaan boleh naik dan panjat ke atas bumbung kereta api tersebut.

 

Sumber: Twitter @AvantiWestCoast