Kucing Main Paip Air, Rumah Bertukar Banjir

Sesiapa yang merupakan pencinta kucing pastinya tahu yang tingkah laku kucing itu sangat menyenangkan dan menghiburkan.

kucing main paip air, rumah bertukar banjir

Namun ada waktu, ia juga mampu menyebabkan seseorang pemilik kucing itu keletihan kerana aksi mereka yang cemerkap.

Baru-baru ini, seorang pengguna Tik Tok @/zul_taylor12 atau nama sebenar, Zulfikar, dari Singapura berkongsi satu video yang memperlihatkan kucing jantan miliknya, menyebabkan rumahnya menjadi banjir!

Menerusi ruangan komen pada video tersebut, Zulfikar menjelaskan bahawa kucingnya itu membuka paip air dan membiarkan air tersebut mengalir, menyebabkan hampir seluruh rumahnya banjir.

Semuanya terjadi ketika Zulfikar sedang bersendirian di rumah kerana ibu bapanya yang berada di luar. Dia bangun dari tidur hanya untuk menyedari hampir keseluruhan rumah ditenggelami air.

Dia kemudian memeriksa dapur dan mendapati kucingnya itu sedang gembira bermain air di dapur yang banjir.

Sementara itu, kucingnya yang lain berusaha menyelamatkan diri untuk memastikan badannya tidak basah.

Akui Zulfikar, dia berasa jengkel terhadap kelakuan kucing itu.

Bagaimanapun, dia tak boleh marah dengan kucing nakalnya itu kerana setiap kali dia mencuba untuk marah, kucing tersebut pasti akan membuat wajah yang tidak bersalah dan berkelakuan manja.

 

@zul_taylor12

won't forget this 🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️ #russianbluecat

♬ original sound - Zultaylor

 

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN