Disangka Binatang Misteri Tersangkut Dekat Pokok, Rupanya Croissant!

Baru-baru ini, penduduk di bandar Krakow, Poland bertukar menjadi takut apabila menyangkakan bahawa terdapat bintang yang tidak diketahui identitinya hinggap di pokok bersebelahan rumah mereka, hinggakan ada yang mengatakan bahawa binatang tersebut seolah-olah ‘mengintai’ mereka.

disangka binatang misteri tersangkut dekat pokok, rupanya croissant!

Namun sebenarnya, binatang yang dimaksudkan bukanlah hidupan, bahkan sejenis pastri yang merupakan croissant!

Menurut salah seorang pegawai kebajikan haiwan yang dipanggil untuk mengendalikan kes tersebut, penduduk di sekitar kawasan tersebut begitu takut sekali dengan kewujudan ‘entiti’ tersebut hingga ada antara mereka yang tidak mahu membuka tingkap rumah mereka, khuatir jika binatang tersebut masuk ke dalam rumah mereka.

Malah, salah seorang penduduk sekitar yang memanggil Persatuan Kesejahteraan Haiwan Krakow dilaporkan mengatakan binatang yang tidak diketahui apa itu berwarna coklat dan duduk di sebatang pokok, sebelum menambah bahawa ‘makhluk berbahaya’ itu telah mengintainya dari luar selama dua hari.

Menerusi satu entri di Facebook oleh salah seorang pegawai terbabit yang bernama Adam, tulisnya: “Saya cuba membimbing wanita itu, suaranya kelihatan semakin takut.”

Penduduk sekitar pada mulanya mempercayai bahawa binatang tersebut merupakan iguana.

Tapi, teori tersebut dibantah oleh pegawai yang terlibat kerana cuaca di Poland terlalu sejuk jadi mustahil untuk reptilia bertahan di luar.

Mereka kemudiannya tertanya-tanya apakah ‘binatang’ yang tidak dikenali itu adalah haiwan peliharaan hilang yang mengembara kerana kebosanan.

Namun lain pula yang dijumpa apabila pegawai kebajikan haiwan itu datang untuk meninjau ‘mahkluk’ tersebut.

Mereka mendapati bahawa ia adalah croissant!

Alahai, bikin saspens je!

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN