Bomba Terpaksa Selamatkan Lelaki Yang Cuba Selamatkan Kucingnya Atas Pokok

Seorang lelaki terpaksa diselamatkan bomba selepas kedua-duanya tersangkut atas pokok, selepas beliau cuba untuk menyelamatkan seekor kucing yang mengalami nasib sama pada pokok tersebut.

bomba terpaksa selamatkan lelaki yang cuba selamatkan kucingnya atas pokok

Lelaki itu pada mulanya tidak menyangka dahan tempat kucingnya bertenggek adalah begitu tinggi, membuatkannya menghadapi kesukaran untuk turun ke bawah dengan selamat.

 

Susulan kejadian itu, Jabatan Bomba Tulsa dekat Oklahoma dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan terdapat seorang lelaki dan seekor kucing tersangkut pada dahan pokok.

 

“Kami mendapati lelaki itu dan kucingnya berada pada kedudukan yang berbahaya dan tinggi dari tanah yang menyukarkannya untuk turun ke bawah.

“Kedua-duanya diselamatkan menggunakan tangga kren bagi memudahkan kerja menyelamat dijalankan,” kata Jabatan Bomba Tulsa dalam satu hantaran yang dimuat naik di Facebook.

 

Kedua-dua mereka akhirnya berjaya diturunkan dengan selamat.

 

Sumber: Kosmo!