Anggota Running Man Usik Jae Suk, Bil Telefon 'Melambung' Sebab Suka Telefon Orang

Menerusi episod Running Man yang bersiaran pada 22 Ogos lalu, anggota program tersebut mengucapkan tahniah kepada Yoo Jae Suk yang baru sahaja menamatkan tempoh kuarantin kendirinya.

anggota running man usik jae suk, bil telefon 'melambung' sebab suka telefon orang

Ia berikutan, salah seorang anggota daripada program lain yang dibintanginya, iaitu You Quiz on the Block, didapati positif COVID-19 pada Julai lalu.

Biarpun Jae Suk bukanlah salah seorang kontak rapat terhadap pesakit terbabit dan diuji negatif, dia bagaimanapun tetap memutuskan untuk menjalani kuarantin kendiri sebagai langkah pencegahan.

Setelah hampir tiga minggu terpisah dengan anggota Running Man, Jae Suk akhirnya kembali bersatu dalam episod yang terbaru yang mana HaHa menyambutnya dengan gurauan yang berbunyi: “Bil telefon Yoo Jae Suk mesti bernilai 2 juta won (RM7,213).”

Yang Se Chan kemudian berkata, “Dia pasti benar-benar bosan!”

“Saya memang menelefon ramai orang,” akui Jae Suk.

HaHa kemudian menyindir dengan berkata, “Jung Joon Ha benar-benar muak dengan itu,” sebelum disambut dengan Jun So Min yang berkongsi sendiri pengalamannya ditelefon Jaek Suk, “Dia tak akan menutup!”

Kim Jong Kook kemudian mengambil kesempatan dengan bergurau mengenai Jae Suk yang seolah-olahnya ‘lega’ berikutan tidak menemui keluarganya selama beberapa hari, “Anda tidak melihat anak-anak anda ketika kuarantin kendiri, kan?”

“Tidak, saya tidak boleh,” tegas Jae Suk.

“Anda pasti berasa sangat selesa,” gurau Jong Kook.

Yoo Jae Suk kemudian menukar topik kepada Ji Suk Jin yang bergelar anggota Running Man pertama menerima vaksin.

“Ji Suk Jin banyak berbual dengan saya mengenainya yang mendapatkan vaksin Pfizer. Dia menelefon saya ketika menerimanya dan memanggil saya lagi dua jam kemudian untuk memberitahu bahawa dia tidak merasakan sebarang kesan sampingan,” kata Jae Suk.

Jong Kook kemudian mencelah dengan berkata, “Dia kedengaran seperti ayah saya.”

 

Sumber: [1]