Akibat tidak tahan lagi dengan kelakuan pasangan yang sering bergaduh hingga menggangu keamanan kejiranan setempat, seorang penduduk misteri akhirnya mengambil langkah drastik untuk menghentikan perkara tersebut.
Apa yang dibuatnya, adalah dengan meninggalkan sekeping nota berupa mesej yang agak berterus-terang tanpa sebarang tapisan di dalam lif bangunan tempat tinggal itu.
Tulisnya, “Kepada manusia yang bertengkar dengan epik pada awal pagi, anda tidak tinggal berseorang di kabin di Montana.
“Terdapat manusia sebenar yang tinggal di sini dan bertelinga, dan anda membangunkan kami semalam.
“Dengan andaian bahawa anda merupakan seorang dewasa, apa kata sekiranya anda, bertapa atau berdoa. Atau makan kek.
“Jangan bangunkan kami lagi atau pasukan pengawal akan keluar, anda anak kecil!”
Kejadian yang dipercayai berlaku di Montana, Amerika Syarikat itu menimbulkan perasaan geram dalam kalangan penduduk di kejiranan terbabit apabila ia dikatakan semakin menjadi-jadi sehingga membuatkan mereka yang tinggal kawasan itu berasa bingit kerana terpaksa mendengar pasangan tersebut bergaduh.
Ada antara anda di sini yang pernah melalui pengalaman yang serupa, barang kali?
Sumber: [1]