Kahwin Belum Setahun, Zulin Aziz Terasa Asyik Ditanya Bila Nak Dapat Anak

Pelakon, Zulin Aziz akui terasa apabila sering ditanya soal anak, meskipun usia perkahwinannya belum mencecah setahun.

kahwin belum setahun, zulin aziz terasa asyik ditanya bila nak dapat anak

Menurut pemilik nama sebenar Farah Azleenda Abdul Aziz, beliau berharap agar netizen mendoakan agar dia dikurniakan anak secepat mungkin.

 

"Mungkin saya yang masih baru ini, terasa hati tu adalah. Namun, lama-kelamaan bila dah orang hari-hari tanya, kita dah macam tak apalah abaikan saja.

"Dari anggap negatif, terus berubah jadi positif dan mohon mereka doakan. Apatah lagi, kami pun bukan tak nak anak atau rancang nak anak dua tiga tahun lagi,” kata Zulin.

kahwin belum setahun, zulin aziz terasa asyik ditanya bila nak dapat anak

Berkongsi mengenai keguguran yang dialaminya Ogos lalu, beliau berkata ketika itu beliau mengalami sakit perut namun tidak pula mengetahui dirinya sebenarnya sedang hamil.

 

"Ikutkan kehamilan saya itu tak sampai sebulan lagi. Waktu itu, saya tak tahu yang saya dah hamil tapi tiba-tiba rasa sakit perut memulas.

"Selepas itu, 'period' (datang haid) saya datang lambat tapi dah tak ada rezeki. Mungkin kebetulan ketika itu, saya bergerak lasak sebab baru saja pindah rumah," katanya.

 

Tambahnya lagi, tanggal 20 Februari ini, genaplah setahun usia perkahwinannya bersama suami, Farhan Norzaini.

 

"Kami memang kalau boleh nak anak terus tapi tak ada rezeki lagi. Saya berharap sangat netizen yang bijaksana di luar sana, daripada tanya saya bila nak dapat anak, lebih baik tadah tangan sekejap saja doakan untuk saya," katanya.

 

Sumber: HMetro