“Lebih Baik Orang Cakap Mengandung Dari Kena Bodyshaming,” – Zulin Aziz

Pelakon, Zulin Aziz mengakui lebih rela orang membuat spekulasi dirinya sedang hamil berbanding daripada bodyshaming, meskipun hakikat sebenarnya beliau belum hamil.

“lebih baik orang cakap mengandung dari kena bodyshaming,” – zulin aziz

“Baby bump? Itu buncit sebenarnya. Tetapi tak kisah pun, lebih baik orang cakap mengandung daripada kena bodyshaming,” kata Zulin menjawab pertanyaan netizen selepas foto tular mendakwa dia kini sedang hamil anak pertama.

 

Pemilik nama sebenar Farah Azleenda Abdul Aziz, 33, dalam pada itu tidak berasa tertekan mahupun bersedih jika spekulasi kehamilannya tersebar walaupun tidak benar dan menganggap ia satu doa dari peminat.

 

“Saya ini kalau fasa makan, akan makan dengan banyak. Bila tiba fasa diet, akan diet seketat-ketatnya. Tetapi kalau nak diet sahaja, bosanlah hidup saya. Perut dah buncit, berkembang dengan jayanya.

“Kalau ada rezeki nanti, tiba masa saya akan kongsikan. Tetapi saya aminkan semua doa-doa kalian. Cuma seronok juga kan, kegemukan saya ditutupi dengan spekulasi hamil. Takdelah nampak gemuk.

“Yelah, sensitif tau kalau da yang cakap kita gemuk, bodyshaming kita,” kata Zulin.

“lebih baik orang cakap mengandung dari kena bodyshaming,” – zulin aziz

Diajukan soalan mengenai dakwaan rumahtangganya sedang diuji, Zulin berkata, beliau dan suami masih sama-sama belajar selok belok rumah tangga, selepas mereka bernikah pada 20 Februari 2022 lalu.

 

“Alhamdulillah, tengok sekarang dua-dua berkembang dengan jayanya. Doa yang baik-baik. Kami baru setahun jagung dalam dunia rumah tangga. Melalui fasa yang sama seperti suami isteri yang lain.

“Terima kasih atas keprihatinan dan doa-doa kalian,” kongsinya.

 

Sumber: Utusan Malaysia