Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz mendedahkan beliau sebenarnya baru sahaja mengalami keguguran cahaya mata pada Ogos lalu.
Menurut pemilik nama sebenar Farah Azleenda Abdul Aziz, 33, beliau mengalami keguguran selepas mendirikan rumah tangga bersama Farhan Nozini pada 20 Februari lalu.
Menerusi siaran langsung di Tiktok miliknya, Zulin berkata beliau sering diajukan soalan mengenai anak meskipun belum sampai setahun pun mereka berkahwin.
“Saya baru lepas gugur, orang tanya saya bila nak ada baby. Sabar la, saya baru gugur bulan lepas,” ujar Zulin.
Beliau turut terkilan dengan soalan yang diajukan netizen itu kerana ia adalah soal yang sensitif kepada dirinya.
Tambah Zulin, masyarakat sepatutnya lebih peka sebelum bertanya sebarang soalan, terutamanya jika ia melibatkan soal hubungan, perkahwinan dan juga cahaya mata.
“Kalau nak tanya soalan walaupun kita tidak tahu, elak tanya soalan sensitif. Kau tidak ada common sense kalau tanya soalan.
“Macam dulu waktu single, orang tanya bila nak kahwin. Kalau aku kahwin dengan suami kau, baru tahu,” kata Zulin.
Sumber: Tiktok Zulin Aziz / mstar