Zul Ariffin Tolak Lakon Watak Seksi, Peluk Perempuan, “Maaf, Saya Tak Nak Terlibat Lagi,”

Pelakon lelaki terkenal, Zul Ariffin kini dikatakan enggan lagi terlibat dengan drama seksi dan berpelukan.

ambil kelas bahasa arab, zul ariffin akan menetap di makkah

Menerusi hantaran di Facebook, penerbit Fadzil Teh berkata, pelakon berusia 37 tahun itu menolak untuk terlibat lagi dalam jalan cerita sebegitu.

 

“Dua tiga hari sudah aku dok bersembang dengan aktor Haji Zul Ariffin. Dok offer la watak watak untuk drama siri baru.

“Zul bagi tau dia berlakon lagi tapi tak mau dah watak watak sexy peluk peluk semua.

“Aku kata ok ambik watak ni dia tak ada rogol gomoi perempuan, dia kata minta maaf haji saya tak nak terlibat lagi cerita cerita macam ni,” tulis beliau.

 

Jawapan yang diberikan Zul itu turut membuatkan penerbit berkenaan berasa malu sendiri, lantas menghubungi orang kuat di stesen televisyen terlibat supaya membuang plot drama yang agak seksi.

ambil kelas bahasa arab, zul ariffin akan menetap di makkah

Malah, perkara itu turut menyedarkan dirinya yang akui lalai dan lemah dalam dunia serba glamor ini.

 

“Lepas tu aku terfikir dan aku pulak malu sendiri. Aku pun terus call orang kuat tv tu minta kita buang plot story yg agak seksi

Depa setuju.

“Aku pernah janji dgn diri aku tak nak dah terbitkan drama yg agak sexy jln ceritanya. Tapi tu la kdg aku sendiri lalai dan lemah dgn dunia glamour ni. 

“Terima kasih hj zul ariffin,” tulisnya lagi.

zul ariffin tolak lakon watak seksi, peluk perempuan, “maaf, saya tak nak terlibat lagi,”

Terdahulu, Zul Ariffin telah menunaikan ibadah haji pertama pada Jun lalu, dan berkongsi beberapa foto ketika menjadi tetamu Allah SWT di Mekah.

 

Sumber: Facebook Fadzil Teh