‘Saya Takde Genetik Pukul Perempuan’ - Zul Ariffin Tolak Dakwaan Dirinya Selebriti Tumbuk Kekasih

Pelakon Zul Ariffin akui tuduhan yang timbul berkenaan selebriti tumbuk kekasih itu bukanlah dirinya. 

“Saya rasa tak tahu nak cakap apa, sudah sah bukan diri sendiri.

“Saya memang tak ada genetik pukul atau pun angkat tangan pada perempuan,” katanya dalam temu bual baru-baru ini.

Dalam pada itu, Zul berpendapat perkara ini mungkin timbul mungkin kerana usianya hampir sama dengan pelakon berkenaan. 

“Sekarang banyak lelaki macam itu. Tak berapa nak lelaki sangat, nak buat macam mana?

“Saya rasa disebabkan umur itu yang kena petik. Saya ambil peluang beritahu umur saya 38 tahun.

“Saya sebagai seorang lelaki, saya memang agak kurang atau pun hormat kepada lelaki yang angkat tangan pada perempuan,” jelasnya.

Sebelum ini, pada 8 Julai lalu media melaporkan seorang wanita membuat laporan dibelasah teman lelakinya yang juga pelakon dalam kejadian di Ara Damansara, di sini, awal pagi semalam.

Sumber: Kosmo