Didakwa Jadi Punca Intan Najuwa Putus Tunang, Ini Respon Zul Ariffin

Pelakon, Zul Ariffin menafikan dakwaan kononnya beliau menjadi punca antara putusnya ikatan pertunangan antara Intan Najuwa dengan seorang ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli.

didakwa jadi punca intan najuwa putus tunang, ini respon zul ariffin

Memetik laporan dari Kosmo!, pelakon berusia 35 tahun itu berkata beliau tidak tahu apa-apa tentang Intan Najuwa putus tunang, malah beliau juga menafikan dakwaan sedang menjalinkan hubungan dengan pelakon wanita itu.

didakwa jadi punca intan najuwa putus tunang, ini respon zul ariffin

“Saya tak pernah pula dengar cerita-cerita begitu dalam media sosial malah tidak tahu pula dia sudah putus tunang semula.

“Saya selalu sangat dikaitkan dengan macam-macam gosip tetapi untuk kali ini saya tak tahu dan tiada kena-mengena,” katanya kepada Kosmo!.

 

Tambah lagi, ini bukanlah kali pertama Zul berhadapan dengan isu sebegini dan katanya spekulasi itu mungkin timbul kerana disebabkan mereka bergandingan dalam satu drama.

 

Intan Najuwa, 24, mengesahkan beliau sudahpun putus tunang bersama ahli perniagaan itu sejak dari tahun lalu dan mengambil keputusan untuk membawa haluan hidup masing-masing.

 

“Benar, saya telah putus tunang sejak tahun lalu lagi. Kami berdua mengambil keputusan bersama untuk membawa haluan hidup masing-masing. Tak ada gaduh-gaduh pun.

“Saya tidak mahu dikaitkan dengan soalan berkaitan cinta dan hanya mahu memberikan sepenuh fokus kepada karier lakonan,” ujarnya.

 

Sumber: Kosmo!