‘Dah Tiba Masa Jadi Suami Orang’ - Zul Ariffin Bakal Dirikan Rumah Tangga Hujung Tahun Ini

Pelakon Zul Ariffin akui bakal menamatkan zaman bujangnya pada akhir tahun ini kerana tidak mahu menangguhkan benda yang baik. 

“Memang dari tahun lepas lagi ada perancangan itu. Rasanya saya pun lama berlakon dan sudah sampai waktu untuk jadi suami orang pula, Insya-Allah.

“Saya tidak mahu cakap kosong saja, tapi cuba realisasikan tahun ini sebab kalau boleh tak mahu lagi tangguh lama-lama,” kongsinya.

‘dah tiba masa jadi suami orang’ - zul ariffin bakal dirikan rumah tangga hujung tahun ini

Zul juga ada menyasarkan akhir tahun sebagai hari bahagia buat dirinya kerana buat masa sekarang terdapat banyak komitmen yang perlu dilakukan. 

“Buat masa ini saya difahamkan semua pelakon Sheriff akan mengikuti jadual promosi memandangkan filem itu bakal ditayangkan sekitar pertengahan tahun ini.

“Jadi perancangan berkahwin pada Jun ini memang tak sempat, ikutkan mungkin akhir tahun macam orang selalu buat.

“Sebab itu tiada sebarang persediaan, sebaliknya hanya perbetulkan diri dalam menjadi seorang insan lebih sempurna berbanding sebelum ini,” tambahnya.

Walau bagaimanapun, Zul tetap memilih untuk tidak mendedahkan siapa bakal isterinya dan akan berkongsi selepas tarikh pernikahan sudah ditetapkan. 

Sumber: Awani