Tak Sangka Diri Tengah Hamil, Zizi Kirana Dedah Alami Keguguran

Penyanyi rap, Zizi Kirana mendedahkan dirinya mengalami keguguran cahaya mata sulung ketika di awal kehamilan sekitar akhir tahun 2021.

tak sangka diri tengah hamil, zizi kirana dedah alami keguguran

Menurut pemilik nama sebenar Nur Fazelah Mad Tahil, 38, beliau tidak menyangka dirinya sedang hamil sehinggalah jatuh sakit.

 

“Saya terkejut sebenarnya sebab tak tahu ketika itu sedang hamil, ketika itu pula tengah kerja tak berhenti.

“Pada mulanya, badan rasa sakit-sakit, lenguh-lenguh. Kemudian ada teringin epal fuji merah. Bila Yusuf beli epal lain tak nak, tapi layankan saja.

“Ada masa rasa taknak makan hidangan berkuah, sampaikan taknak tengok.

“Bila rasa begitu, saya jadi pelik. Bila cuba ujian kehamilan, ada dua garis. Terkejutlah kami,” kata Zizi.

 

Pasangan itu kemudian membuat temujanji doktor untuk mengesahkan kehamilan, namun berlaku pendarahan sebelum disahkan gugur.

tak sangka diri tengah hamil, zizi kirana dedah alami keguguran

“Kemudian bila dah buat appointment doktor, hari esoknya terus ada darah keluar dan sakit perut sampai menggigil.

“Bila ke hospital, doktor check ada pendarahan dan janin tak boleh diselamatkan sebab kandungan luar rahim,” kongsi Zizi kepada Gempak.

 

Malah ujar Zizi, beliau pernah dikejarkan ke unit kecemasan sebanyak dua kali akibat pendarahan terlalu banyak.

 

“Dua kali saya masuk bilik bedah dan kena bius sebab terlalu banyak pendarahan. Saya memang tak sedar.

“Yang saya ingat sebelum masuk bilik bedah Yusuf cakap, “Sayang kena hidup tau, saya tunggu kat luar.”

“Dia pun banyak tenangkan saya dan beri saya semangat. Katanya Allah yang beri rezeki dan kita sebagai hamba-Nya perlu sentiasa bersyukur,” ujar Zizi lagi.

tak sangka diri tengah hamil, zizi kirana dedah alami keguguran

Bagaimanapun Zizi berkata keadaan kesihatannya kini dalam keadaan baik dan dia dinasihatkan untuk berehat jika hamil lagi dalam masa terdekat.

 

“Sejak itu, saya mengurangkan kerja agar tidak terlalu rapat. Biar ada rehat, doktor pun nasihat saya rehat betul-betul kalau hamil lagi.

“Alhamdulillah, kami berdua tiada masalah pun cuma tiada rezeki,” tambah Zizi.

 

Untuk info, Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan, All Together Now Malaysia (ATNMY).

 

Sumber: Gempak