Menolak tuduhan bercinta dengan pempengaruh Nureen, pelawak Zizan Razak menganggap gossip sebegini disebarkan untuk mencetuskan fitnah terhadap mereka.
Menurutnya, gambar lama yang dirakamkan pada tahun lalu sengaja dikeluarkan lagi kepada media tanpa diketahui tujuan individu tersebut berbuat demikian.

“Kalau nak cakap soal isu keluar dengan rakan wanita, saya juga pernah keluar dengan beberapa wanita sebelum ini, bukan dia sahaja.
“Saya tak tahu kenapa isu ini boleh timbul. Saya rasa macam ada orang tak puas hati dengan Nureen sehingga sanggup menyebarkan foto lama kami.
“Gambar itu diambil ketika tayangan Polis Evo 3. Tak baiklah buat benda macam ini. Saya ada bertanya kepada Nureen, tetapi dia tak tahu,” katanya.
Zizan juga menambah, dia tidak perlu memberikan sebarang keterangan mengenai hal ini kerana gosip ini dianggap mengarut yang disifatkan sensitif buatnya.
Baginya, lebih baik fokus terhadap kerjaya selain tidak berharap cerita yang mengganggu perancangan kerja dapat segera dihentikan.
Sumber: Kosmo