‘‘Duit Banyak Pun Tak Guna Kalau Sakit,’’ Zizan Razak Dedah Pernah Alami Anxiety

Pelakon dan pelawak popular tanah air, Zizan Razak mengakui pernah menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) kerana berdepan dengan masalah kebimbangan melampau (anxiety).

‘‘duit banyak pun tak guna kalau sakit,’’ zizan razak dedah pernah alami anxiety

Menurut Zizan, sebelum ini beliau lebih mengutamakan kerjaya dan tidak mengambil berat akan kesihatannya hingga ia akhirnya memakan diri.

 

“Jagalah kesihatan. Saya dulu bekerja terlalu kuat, meletakkan komitmen kerja mengatasi segala-galanya hingga tidak cukup rehat dan tidur. Akhirnya, kesihatan semakin merosot.

“Rambut saya gugur disebabkan tidak cukup tidur. Ini perkara betul. Saya pernah mengalami anxiety, tetapi saya tidak ceritakan pada orang apa yang saya lalui. Saya pergi IJN buat pemeriksaan dan doktor nasihatkan supaya banyakkan berehat.

“Betullah orang cakap, duit ada banyak pun tidak guna kalau sakit. Bila jadi begitu, saya kini lebih pentingkan soal penjagaan kesihatan,” katanya.

 

Sejak dari itu, beliau kini lebih memilih dalam memberikan persetujuan untuk sebarang tawaran.

 

Ujarnya lagi, beliau kini perlu kekalkan disiplin dengan menjaga waktu tidur serta rehat.

 

Zizan kini tampil dalam filem terbaharu arahan Syafiq Yusof berjudul Abang Long Fadil 3 bersama beberapa pelakon hebat lain.

 

Sumber: Utusan

ARTIKEL BERKAITAN