Zizan Razak Dan Zahirah Macwilson Bergabung Untuk Filem Bulan Dan Pria

zizan razak dan zahirah macwilson bergabung untuk filem bulan dan pria

Selepas kejayaan demi kejayaan dalam industri perfileman, Astro Shaw, Skop Production dan Nizra Entertainment terus berani untuk menghasilkan satu lagi filem berbentuk aksi. Kali ini, tiga syarikat penerbitan itu bakal mempertaruhkan sebuah filem bertajuk Bulan Dan Pria.

Pelakon yang bakal berganding dalam filem Bulan Dan Pria ni  bukan calang-calang. Antaranya Zizan Razak, Zahirah Macwilson, Khir Rahman, Bell Ngasri, Didie Alias dan ramai lagi. Menduduki kerusi pengarah ialah seorang sutradara hebat, Ghaz Abu Bakar.

zizan razak dan zahirah macwilson bergabung untuk filem bulan dan pria

Filem ini menceritakan Bulan, seorang pelatih di dalam pasukan tentera khas Indonesia yang menyeludup masuk ke dalam sindiket pemerdagangan manusia untuk mencari adiknya, Melati yang telah diperdaya dan dibawa ke Malaysia untuk dijadikan gadis liburan.

Dalam pada masa itu, Bulan telah bertemu dengan Haris, seorang pemandu e-hailing yang prihatin dan sudi membantu Bulan untuk mendapatkan kembali adiknya dari genggaman penjahat.

Bagi OST filem ini, Akim & The Majistret telah dipilih untuk mendendangkan lagu tema filem ini bertajuk Roulette.

Filem Bulan Dan Pria bakal menemui para penonton di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 12 Mac 2020 ini. Jangan lupa saksikan!

zizan razak dan zahirah macwilson bergabung untuk filem bulan dan pria

 

 

ARTIKEL BERKAITAN