‘Buat Abah Kalau Nak Ke Surau’ - Zizan Razak Buat Kejutan Hadiahkan Bapa Motor

Pelakon dan pelawak Zizan Razak berjaya merealisasikan impian yang sudah lama disimpannya untuk menghadiahi bapanya sebuah motosikal. 

Menurut Zizan, bapanya sudah lama menginginkan sebuah motosikal bagi memudahkan perjalanan ke masjid.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ZIZAN RAZAK (@zizanrazak869)

 

“Saya dekat Terengganu hari ini nak beli motor sebab abah kata nak motor, nak pergi surau.

“Sebab sebelum ni susah sikit dia mahu pergi surau kerana tiada kenderaan.

“Tapi saya buat-buat tak dengar sebab nak buat kejutan untuk dia,” katanya. 

Dalam pada itu, Zizan juga memberikan hadiah tersebut sebagai penghargaan atas segala pengorbanan yang diberikan semasa dia kecil.  

“Saya rasa seronok sebab dulu masa kecil dia layan saya dan abang.

“Jadi hari ini saya layankan dia pula, kereta pun banyak dah, tapi motor juga dia mahu, kita bagi sahajalah,” tambahnya.

Sumber: Kosmo