Zizan Razak Akui Bahagia Masih Single, “Saya Tengok Rasa Suka, Tapi Takpelah..”

Pelawak, pengacara, pelakon dan penyanyi, Zizan Razak, 38, akui selesa dan bahagia dengan hidupnya kini walaupun masih membujang.

zizan razak akui bahagia masih single, “saya tengok rasa suka, tapi takpelah..”

Menurut pemilik nama sebenar Mohd Razizan Abdul Razak ini, beliau akui pernah juga mempunyai perasaan suka terhadap seseorang, namun lebih selesa untuk berkawan sahaja.

 

“Buat masa ini saya selesa dengan keadaan macam ini, tak mencari, jumpa pun ada juga saya tengok rasa suka.

“Tapi bila saya tengok, saya macam ‘Takpelah, kita kawan-kawan sahajalah,”, demikian menurut Zizan dalam satu temubual bersama Astro Radio News.

 

Mengulas lanjut mengenai konflik rumah tangga rakan artis sejak akhir-akhir ini, Zizan memilih untuk mendoakan yang terbaik buat mereka.

 

“Apa yang terjadi itu adalah dugaan untuk kita, bukan untuk dia sahaja.

“Bermaksud, persediaan kita untuk berkahwin nanti lebih tebal,” kata Zizan.

zizan razak akui bahagia masih single, “saya tengok rasa suka, tapi takpelah..”

Dalam pada itu, Zizan juga menafikan konflik rumah tangga yang terjadi ketika ini sedikit sebanyak melambatkan lagi proses untuk beliau mendirikan rumah tangga.

 

“Itu (konflik rumah tangga) tidak ada kena mengena dengan saya. Itu akan menjadi ‘knowledge’ untuk saya.

“Saya tidak ada masalah dengan benda tu,” katanya lagi.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Astro News (@astroradionews)

 

Zizan turut meminta agar kita sama-sama mendoakan yang terbaik untuk diri dan orang lain, selain mengambil iktibar apa yang terjadi sebagai nasihat untuk diri sendiri.

 

Sumber: Astro Radio News