Nama Ziana Zain adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air. Siapa sahaja yang tidak kenal dengan penyanyi bersuara lantang dan merdu ini.
Disebalik kerjaya Ziana Zain yang masih mekar sehingga kini, siapa sangka figura ini rupanya berdepan dengan kisah sedih dalam kehidupannya.
Pendedahan itu dibuat Ziana Zain sendiri dalam program Next To Neelofa, mengenai kisah rumahtangganya yang pernah dilalui suatu ketika dahulu.
Menurut Ziana Zain, beliau sudah memendam lama apa yang berlaku dalam kehidupannya ini. Ujarnya, dia tidak akan pernah menghalang hubungan seorang bapa dengan anak-anaknya meskipun terpaksa berdepan ujian berat sepanjang 20 tahun mereka bersama.
Kisah dan pendedahan dibuat Ziana Zain ini telah membuka mata ramai pihak sehingga menyebabkan warganet berasa sebak. Malah, hos rancangan itu sendiri iaitu Neelofa dilihat turut mengesat air mata ketika mendengar kisah oleh Ziana Zain yang cukup mencabar ini.
“20 tahun bukan sekejap, bagaimana beliau pertahankan sehingga terlihat bahagian di media massa. Sedangkan beliau diduga maha hebat,” ujar salah satu komen warganet selepas melihat klip video program itu.
Rakaman video daripada program Next To Neelofa ini juga tular di media sosial sehinggakan mengundang hiba dalam kalangan warganet.
Sumber: Instagram