Pelakon, Zarina Anjoulie mengakui mahukan pasangan hidup seorang yang kaya kerana baginya dia sudah puas hidup dengan lelaki yang bergelar ‘biawak hidup’.
Beliau yang lebih mesra dipanggil dengan nama Anju terlebih dahulu memberi bayangan mahu kembali menjalin hubungan bersama bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey.
Menerusi video di Instagram, Anju berkata akan menerima dengan hati terbuka andai berjodoh dengan Khazrul.
"Kalau ada jodoh, ada dan kalau tiada, tiadalah. Jika dia 'Mr Right' dan juga orangnya, saya tak tahu. Jodoh di tangan Allah.
"Mungkin kali ini juga kami akan 'stop' semula. Mungkin kali ini juga kami okey. Itu saya tak tahu. Tapi saya sangat hargai keprihatinan anda terhadap saya.
"Kalau cakap fasal poket tebal (kaya). Ya memang saya nak keluar dengan lelaki poket tebal. Saya tak nak keluar dengan lelaki miskin.
"Kalau kamu nak keluar dengan lelaki tidak berduit itu masalah kamu. Saya respek dengan pilihan kamu. Kamu nak bersusah dengan jantan (lelaki) yang akhirnya tak hargai pun.
"Tapi respek juga pilihan saya yang nak keluar dengan lelaki berduit. Saya dah puas dengan lelaki yang konon susah senang sama-sama.
"Tengoklah perangai lelaki bila dia ada duit dan berapa ramai yang bila senang dia tak cari perempuan seksi lain dan nak juga dengan kamu," katanya.
Anju berkata sedemikian kerana tidak mahu bersikap hipokrit dan enggan lagi kembali kepada kehidupan yang susah seperti dahulu,
"Terima kasih kepada anda yang ambil berat terhadap saya. Ada di antara anda sangat ikhlas terhadap saya. Saya sangat terharu.
"Tapi saya tak tahu apa kesudahan kami. Mungkin kami baik sebagai kawan sahaja. Kita tunggu dan lihat nanti," kata Anju.
Terdahulu, Anju pernah bertunang dan berkongsi kisah ini di media sosial pada 22 Januari lalu. Namun, ikatan pertunangan mereka tidak bertahan apabila Anju memutuskan pertunangan dua minggu kemudian.
Sumber: Instagram