Zara Zya Menyesal, Mohon Maaf Lakon Adegan Dipeluk Pelakon Lelaki

Pelakon, Zara Zya memohon maaf atas satu adegan dipeluk lelaki dalam video teaser sebuah drama yang tular, baru-baru ini.

zara zya menyesal, mohon maaf lakon adegan dipeluk pelakon lelaki

Menurut pemilik nama sebenar Zainurul Razia, 38, beliau menyesali atas apa yang berlaku dan berjanji akan lebih menjaga batas sebagai seorang muslimah bertudung pada masa akan datang.

 

“Rasa sedikit ralat dan menyesal pun ada juga sebab saya tidak fikir panjang. Sepatutnya benda seperti itu tidak berlaku sekali gus tidak timbul isu sebegini.

“Saya sedar khilaf saya kerana melakukan sesuatu yang tidak manis dengan imej saya.

“Sebagai manusia yang banyak khilaf, saya terlepas pandang hal tidak sepatutnya. Dunia lakonan ini luas kalau saya terangkan, benda akan jadi panjang,” katanya kepada Kosmo! Online.

 

Ujarnya lagi, babak itu bukanlah dibuat semata-mata mahu mencipta kontroversi.

 

@hibglam.com.my PELAKON Zara Zya menyesal dengan kontroversi tercetus gara-gara dirinya dirangkul seorang pelakon lelaki dalam teaser sebuah drama. Sebagai seorang pelakon muslimah bertudung, dia mengakui sepatutnya lebih peka dengan sentimen agama. #dipeluk #zarazya #drama #adegan #menyesal #pelakon #hibglam ♬ original sound - HIBGLAM

 

“Saya tidak tahu akan mengakibatkan perdebatan dalam kalangan penonton. Saya bukan selebriti yang mahu kontroversi.

“Semestinya sedih tetapi nak buat macam mana, mereka yang hilang hormat kepada saya pun manusia biasa juga tetapi jangan terlalu ikut perasaan. Bagi saya peluang kedua untuk betulkan khilaf.

“Saya berterima kasih kepada sesiapa yang menegur dan yang kecam tidak mengapa harap dapat terima dengan hati terbuka,” katanya lagi.

 

Dalam pada itu, Zara berkata beliau akan cuba mengelak daripada melakukan sesuatu yang boleh mencemarkan statusnya sebagai muslimah bertudung.

 

“Namun, saya tidak boleh janji untuk ubah. Risau kalau tidak buat perkara ini mungkin akan cetuskan salah lain.

“Setiap hari akan ada buat salah mungkin sedar atau tidak. Kalau orang tidak tegur saya tidak tahu, tetapi apabila tegur saya mula sedar,” ujar beliau.

 

Terdahulu, tular video teaser sebuah drama tempatan yang menunjukkan Zara dipeluk oleh pelakon lelaki, Syarul Ezani. Tindakan itu mengundang rasa kurang senang netizen, tambah pula dengan imej Zara sebagai seorang muslimah bertudung.

 

Sumber: Kosmo! / HIB Glam