Penyanyi Veteran Zaiton Sameon Kini Pemegang Kad OKU

Penyanyi veteran, Zaiton Sameon meluahkan rasa syukur kerana telah menerima status sebagai Orang Kelainan upaya (OKU) kategori fizikal oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan.

penyanyi veteran zaiton sameon kini pemegang kad oku

Menurut pelantun lagu Menaruh Harapan ini, beliau turut berharap status OKU yang diterima ini dapat memberikan sinar baharu dalam kehidupannya.

 

Ekoran daripada status OKU itu juga, Zaiton turut berkata ia membolehkannya layak memohon untuk menduduki Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Kuala Lumpur.

 

“Saya kini menyewa di Ampang dan terikat dengan bayaran RM800 sebulan. Bagaimanapun, saya sering lewat melunaskan bayaran kerana masalah kewangan.

“Saya tidak mempunyai pendapatan tetap, selain tawaran menyanyi yang semakin berkurangan. Sebelum ini, saya pernah memohon bantuan perumahan PPR, tetapi ditolak atas alasan tiada pendapatan tetap.

“Alhamdulillah, status OKU ini melayakkan saya untuk mendapat bantuan tersebut,” katanya.

 

Zaiton layak menerima status OKU kategori fizikal selepas disahkan trauma kecederaan otak oleh pihak hospital berikutan kemalangan ngeri yang pernah hampir meragut nyawanya pada tahun 1990. Bagaimanapun anaknya, Azirwan Abu Bakar terkorban dalam nahas terbabit.

 

Tambah Zaiton lagi, pemberian status OKU ini juga akan mengurangkan beban yang ditanggungnya selama ini.

 

Sumber: Utusan