‘Saya Bukan Kejar Sangat Hollywood’ - Zahiril Adzim Tolak Tawaran Antarabangsa Selepas Diminta Berlakon Aksi ‘Explicit’

Pelakon Zahiril Adzim mengaku dirinya pernah ditawarkan untuk berlakon dengan produksi Hollywood beberapa tahun lalu namun menolak tawaran tersebut selepas ia memerlukannya terlibat dalam aksi yang disifatkan sebagai keterlaluan.

‘saya bukan kejar sangat hollywood’ - zahiril adzim tolak tawaran antarabangsa selepas diminta berlakon aksi ‘explicit’

Kongsinya, dia tidak berfikir panjang menolak tawaran itu kerana lakonan adegan intim sama sekali melanggar prinsipnya sebagai seorang muslim.

“Saya pernah menolak tawaran lakonan dengan produksi Hollywood beberapa tahun lepas dan sudah lupa judulnya.

“Baru sahaja membaca skrip, belum apa-apa sudah ada babak intim atas katil yang memerlukan saya dan pelakon wanita berbogel separuh badan. Terus saya ucap selamat tinggal,” ujarnya.

Tambah Zahiril, dia mengaku punya keinginan untuk melebarkan kerjaya seninya ke peringkat antarabangsa. 

Bagaimanapun, dia tidak akan sesekali memilih untuk melanggar hukum agama demi merealisasikan perkara tersebut.

“Saya bukanlah mengejar sangat Hollywood tetapi jika diberi peluang siapa yang tidak mahu.

“Namun jika kerja itu meminta untuk melawan hukum Allah, saya rela tolak,” katanya.

Menurutnya lagi, walaupun seseorang pelakon perlu mengambil risiko demi karakter lakonan, namun dia tekad berpegang pada prinsipnya yang tersendiri supaya tidak melanggar hukum agama.

“Ya, seorang pelakon sepatutnya perlu lakukan apa sahaja demi watak. Bergantung kepada pelakon itu sendiri.

“Bagaimanapun, saya ada agama dan prinsip sendiri. Saya tidak akan sesekali ketepikan perkara tersebut,” katanya.


Sumber: Kosmo